Biografi Singkat Ulama Legendaris Mandailing: Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili
Lahir
pada tahun 1329 Hijriyah, di desa Sigalapang, Panyabungan, Mandailing
Natal (dahulu masih Tapanuli Selatan), Sumatera Utara. Beliau adalah
seorang ulama Nusantara kenamaan Makkah. Masa kanak-kanak dihabiskan di
kampung halamannya. Ketika itu beliau layaknya seperti
anak-anak Mandailing yang sibuk dengan mengaji Al-Qur`an dan belajar
Agama Islam. Ia mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada tahun
1917 dan lulus kelas Lima pada tahun 1923. Tahun 1924, beliau hijrah ke
Kedah untuk mendalami ilmu agama.
Di Malaysia beliau giat dan tekun belajar agama dari ulama-ulama besar negeri Kedah. Pada mulanya berguru dengan Tuan Guru Haji Bakar Tobiar, di Pondok Penyarum, Pendang. Kemudian berpindah ke Pondok Air Hitam di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada tahun 1926, memasuki Madrasah Darul Saadah Al-Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang ketika itu baru diambil alih oleh Sheikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him). Berguru dengan Pak Chu Him selama 10 tahun sehingga diterima sebagai guru pembantu di pondok ini sekitar 1934.
Sesudah 10 tahun di Titi Gajah, Sheikh Abdul Qadir berhasrat untuk berguru dengan abang Pak Chu Him, Sheikh Wan Ismail Abdul Qadir (Pak Da ‘Ali), seorang ulama besar di Makkah ketika itu.
Pada tahun 1355 Hijriyah Syeikh Abdul Qadir berangkat menuju Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan manasik haji, setelah menunaikan haji beliau berniat untuk bermukim di Makkah al-Mukarramah agar dapat belajar dengan ulama-ulama besar yang berada di Makkah. Pada masa dulu Makkah masih sebagai pusat pengajian para ulama- ulama Nusantara, sehingga banyak di antara pemuda-pemuda di Nusantara yang ingin menghabiskan masa mudanya di Makkah untuk menuntut ilmu.
Dengan tekad yang bulat beliau menghadiri dari berbagai macam pengajian, dari mulai Tauhid, Tasawwuf, Fiqih, Hadits dan yang lainnya, tetapi perhatian beliau kepada ilmu tasawwuf sangat besar sekali, sehingga beliau berusaha untuk belajar dan menerapkannya didalam kehidupannya sehari-hari. Para ulama Makkah melihat kemampuan dan keilmuan Syeikh Abdul Qadir, maka beliau pun diberi izin untuk mengajar di Masjidil Haram Makkah. Beliaupun berusa untuk dapat memberikan pemahaman yang mudah kepada para murid-muridnya dari mulai Nahu, Sorof, Hadis, Musthalah Hadis, Tafsir, Fiqih Syafi`i dan lainnya.
Murid-murid beliau tidak pernah sunyi, halaqah senantiasa di penuhi dan tidak pernah kurang dari dua ratus pelajar. Beliau mampu menarik perhatian para pelajar dengan keilmuan dan ke ahliannya sehingga para pelajar sangat senang sekali dengan cara mengajarnya yang mudah di fahami. Beliau salah satu ulama Nusantara yang tidak lahir di Makkah tetapi mengajar di Masjid al-Haram Makkah.
Pak Da ‘Ail dan tokoh-tokoh ulama lain seperti Syeikh Al-Maliki, Syeikh Hassan Al-Masyat, Syeikh Muhammad Al-Arabi, Syeikh Sayyid Al-Alawi, Syeikh Muhammad Ahyad, Syeikh Hasan Yamani, Syeikh Muhammad Nur Saif, Syeikh Umar Hamdan Mahrusi, Syeikh Yasin Isa Al-Fadani dan Syeikh Abdullah Lahji adalah guru beliau di Makkah. Dengan mendampingi ulama-ulama besar itulah, beliau mendalami ilmu khususnya dalam bidang Tauhid, Tasawwuf, Fiqh dan Hadits. Halaqah pengajiannya sentiasa mendapat tempat di hati para penuntut ilmu khususnya yang datang dari wilayah Melayu.
Ketika menjadi guru di Masjidil Haram, Syeikh Abdul Qadir pernah ditawarkan dengan pelbagai jawatan termasuk sebagai guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Presiden Soekarno dikatakan pernah menawarkan kepada beliau jawatan Mufti Indonesia manakala Al-Malik Saud, Raja Arab Saudi menawarkan jawatan sebagai Qadhi Al-Qudat dengan gaji yang besar. Akan tetapi beliau menolaknya karena ingin menumpukan perhatian kepada pengajarannya di Masjidil Haram. Ini sesuai dengan gelar yang beliau sendiri pakai yaitu "Khuwaidam Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)".
Kitab-kitab hasil karya beliau masih digunakan sebagai teks pengajian di pondok dan di masjid. Tulisan tersebut membahas berbagai bidang seperti usuluddin, tasawwuf, fiqh, politik, pendidikan dan perundangan antara lain:
Risalah Pokok Qadyani; Risalah ini mengurai kesesatan dan bahaya ajaran Mirza Ghulam Ahmad Qadyani;
Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asy’ari; Kitab ini ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran kaum muda;
Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab; Kitab ini juga ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran kaum muda;
Pendirian Agama Islam; Kitab ini ditulis pada tahun 1956 membahas tentang ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta percenggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam;
Senjata Tok Haji dan Tok Lebai; Kitab ini ditulis pada tahun 1949;
Pembantu Bagi Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai Pahalanya Kepada Sekalian Yang Mati; Kitab ini ditulis pada tahun 1950;
Tuhfat Al-Qari Al-Muslim Al-Mukhtarah Mimma Ittifaqa Alaih Al-Bukhari wa Muslim; Kitab ini ditulis pada tahun 1952;
Bekal Orang Yang Menunaikan Haji; Kitab ini ditulis pada tahun 1953;
Penawar bagi Hati; Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh penerbit Hidayah Publishers;
Perisai bagi Sekalian Mukallaf; Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh Hidayah Publishers dan Jahabersa;
Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961);
Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962) dan Islam: Agama dan Kedaulatan (1959).
Syeikh Abdul Qadir sangat gigih mengajar dan tidak mengenal keadaan sakit. Apabila ditanya oleh anak muridnya apakah beliau sudah sembuh, beliau menjawab, "kalau menangis pun bukan nak lega".
Pada tanggal 20 Rabi`ul Awwal tahun 1385 Hijriyah Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili menghembuskan nafasnya terakhir untuk bertemu dengan Allah swt karena sakit. Masyarakat Makkah dan para pelajarnya sangat berduka cita dengan kewafatan beliau. Mereka sangat kehilangan ulama panutan mereka. Isak tangis menyelubungi wafatnya seorang ulama yang alim. Banyaknya para pelayat dan pensolat menunjukkan betapa besarnya kecintaan mereka kepadanya. Beliau di kuburkan di perkuburan Ma`la Makkah Mukarramah. (ar)
Sumber:
http://www.niknasri.com/?p=1378
Biografi Ulama Nusantara
http://id.wikipedia.org/wiki/Abdul_Qadir_bin_Abdul_Mutalib
http://haji.kemenag.go.id/v2/blog/affan-rangkuti/biografi-singkat-ulama-legendaris-mandailing-syeikh-abdul-qadir-al-mandili

No comments:
Post a Comment